|
Mengenai Kami - Klik1Malaysia.com

1 Klik, 1 Direktori,
1 Komuniti.
Internet bukan
sekadar ber-facebook. Urusan internet anda kini jadi lebih mudah dalam 1 laman.
Klik1Malaysia.com telah ditubuhkan pada 17 Jun 2010 yang lalu dan telah
merayakan 100 hari penubuhan laman dengan mewujudkan 4 ruangan iaitu Pendidikan,
Islam, Hiburan & Rakan Blogger, dan telah diperkukuhkan lagi dengan 4 ruangan
lain seperti Pengguna, ICT, Bisnes, Politik, Forum & Widget (dari masa ke semasa
akan terus diperkembangkan).
Tujuan utama penubuhan laman adalah untuk;
- Memudahkan akses rakyat
Malaysia kepada laman-laman popular harian.
- Menyahut seruan kerajaan
dalam merapatkan jurang ICT.
- Menghimpunkan semua
lamanweb yang menjadi tumpuan utama semua pelayar internet.
- Memudahkan carian untuk
klik lamanweb yang mereka minati tanpa perlu menghafal lamanweb tersebut.
Dan kami berbangga menjadi satu-satunya portal seumpamanya di Malaysia sebagai
sebuah portal;
- Direktori
Internet Pertama di Malaysia.
-Yellow Pages kepada
Portal / Laman Web terkemuka.
- Semua Dalam Satu
(macam-macam ada).
Tanpa mewakili dan/atau diwakili mana-mana pihak berkenaan (baik kerajaan,
swasta mahupun NGO), Klik1Malaysia.com telah dibina oleh gabungan 5 tenaga anak
muda - yang pada awalnya sekadar sebuah 'pilot site' atau 'laman uji
cuba' sekitar awal 2008 (ketika itu Facebook mula 'menakluki hati pengguna
internet di Malaysia'), dengan menggunakan alamat tumpangan
www.mudah.kamarika.com yang bersandarkan nama laman iaitu 'Mudah' - sesuai
dengan fungsinya memudahkan capaian internet kepada pengguna.
Tetapi ketika itu tujuan utama 'Mudah' adalah untuk memudahcapai akses internet
untuk kegunaan dalaman kakitangan, lebih tepat lagi laman 'Mudah' ketika hanya
terhad untuk kegunaan dalaman semata-mata (akan tetapi orang luar boleh
menggunakan laman tersebut sebagai rujukan harian mereka).
Dan daripada situlah setelah mendapat respon serta permintaan yang menggalakkan
dari orang awam (selain mengelak daripada kekeliruan dengan nama sebuah portal
terkemuka yang lain), maka akhirnya laman Klik1Malaysia.com direka khas, dicipta
dan diperkenal pada tanggal 17 Jun 2010 dengan motto rasmi iaitu; 1 Klik - 1
Direktori - 1 Komuniti.
Sehingga kini, Klik1Malaysia.com sentiasa diperkembang, diperluas dan
dikemaskini bagi memenuhi permintaan pelayar demi memudahkan pelayaran internet
untuk semua lapisan umur & masyarakat.
Suka kami menjelaskan
bahawa portal/lamanweb kami di alamat
www.klik1malaysia.com ini tidak mewakili & tidak berkaitan dengan portal
gagasan 1 Malaysia di alamat
www.1malaysia.com.my. Sokongan kami terhadap pemupukan satu masyarakat
Malaysia amat dititikberatkan selari dengan konsep 1 Malaysia.
Kami berdedikasi untuk 1 Komuniti rakyat Malaysia dapat terus bersatu hati
membentuk jalinan ukhwah dalam 1 Direktori ini. Walaupun kita berlainan agama &
bangsa, tetapi dengan berkongsi 1 Klik lamanweb yang sama ini diharapkan
dapatlah menyemarak dan membina 1 Malaysia yang aman sejahtera sejajar kita
seiring sejalan ke arah sebuah negara Malaysia yang maju menjelang 2020.
Jutaan penghargaan kepada pelayar yang sudi menjadikan portal Klik1Malaysia.com
sebagai portal wajib harian & sokongan yang diberikan amat dihargai. Usaha kami
akan diperhebat dengan memperkenalkan Klik1Malaysia.com kepada golongan luar
bandar yang masih cetek pengetahuan tentang internet.
Kerana internet bukan sekadar ber-facebook semata-mata.
Teruskan melayari Klik1Malaysia.com!
Terima kasih.
|